Sunday, December 21, 2014

KELUH SANG PENGHUNI RIMBA - HARIMAU MALAYA

Bercerita soal perjuangan
Merebut satu tanda keramat semangat ASEAN
Barisan lama ini awalnya tiada berjanji
Memberi apa-apa harapan
Namun dibukti dengan ngauman dihujung ranjang
Semangat perjuangan yang dilorek
Dialun kemas dengan keinginan
Membuak-buak anak muda yang mahu
Membuktikan raja rimba ini
Mampu menyentap ribuan ranting kecil
Malah jutaan timbunan kayu melintang jalan
Dengan kesungguhan yang dipamer
Dengan doa yang dilirik
Perjuangan berakhir dengan seribu tangis duka dan gembira anak muda
Ayuh!
Bangkitlah Harimau Malaya!!
Jangan kuburkan semangat..
Kita bukti pada mereka kita bangsa mampu berjaya..
Kalah ini bukan tewas
Kalah ini bkn pengukur mahu diri
Tapi kerana kita akur..
Kehendak dan ketetapan Illahi..
Teruslah berjuang
Kerana jalan ini masih panjang

Friday, December 19, 2014

WAKTU HATI MATI

Tercalit warna putih dilengan dua
Persis tanda kasih yang tiada tara
Bercerita tentang cinta yang tiada pernah
Akan padam walau hadir seribu tahun hujan
Kerana janji yang dizahir bibir
Sebenar janji yang tiada terbanding taranya
Walau diheret seribu tahun mendatang
Pasti hati akan menurut langkah
Biarpun sumbang dek pandang mata orang
Berbekal iman.. taqwa dan kepercayaan
Serta perkara akhir dalam rukun enam
Sendainya waktu tak pernah
Bertemukan aku dengan dirimu
Akan ku biarkan mati hatiku selamanya
Bersama jasad yang sejak azalinya milikmu..
Kalimah setia ini menjadi saksi
Hati yang mencinta ini memegang janji
Moga satu hari kau jadi milik abadi
Walau tidak terdendang
Tidak diturut paluan rebana kompang
Asal pasti milikku rasa agungnya sayang..

Wednesday, December 17, 2014

BAH DIMUSIM CINTA

Mencurah lebat dari langit gelap
Dengan titik-titik jernih berkilau berkelip
Tiada tertadah ribuan malah jutaan titis kecil itu
Yang akhirnya menjadi lambang cinta agung
Kasih suci dari Tuhan yang mencipta
Sekelian rasa cinta makhluk di bumi
Turun tanpa henti lagi
Walau bersyarat 3 peringkat seperti janji biasa
Turun tanpa silu mencurah bagai mahu
Mengabdi satu potret coretan
Lakaran seni kalam suci
Namun dihati penuh rasa cinta
Dibulan ini ibarat
Episod bah di musim cinta
Bersemi.. bersemadi.. dengan kasih yang tiada terbanding
Laksana dewi turun dari istana inderapuri
Mencari satu jalan jiwa yang penuh
Dengan rasa jujur..
Dengan rasa syukur..
Dengan rasa yang tiada pernah dirasa sebelumnya
Dari amanah rasa cinta ini
Aku bersumpah untuk mencintai
Selagi aku dicintai..
Belum pernah merasai
Biar bah di musim cinta jadi saksi betapa agung
Cinta dan sayang yang cuba terpupuk
Dari segenap sukar sebelumnya
Kerana bahagia kini
Ibarat mentari menyinar terang
Walau dihujung awan ada sedikit gelap
Biarkan cinta ini
Tidak bermusim seperti bah
Yang akan pergi seawal musim berbunga nanti..

Sunday, December 29, 2013

ANGIN SELEPAS SEPI

Terkadang bukan senang
Menjadi kayu yang tiada mampu 
Meluah kata dan menjadi angin lalu 
Sekadar pelepas sepi.. 
Ibarat lukut tepian gantang.. 
Mengharap tulus kasihnya orang.. 
Setelah ribu daya rasa rindu cinta itu diberi.. 
Disemadi rapi dalam diri.. 
Tapi jika laluan angin itu.. 
Tetap sekadar lalu menjadi tempat lepas sunyi 
Saat diri tiada arah untuk berbudi..
Bukan senang berlari 
Andai bertatih pun belum berdaya.. 
Ibarat siput berangan tinggi 
Ingin mendaki bukit walau tiada sekaki..
Tiada harap lagi.. 

Kalau tiada mampu lagi.. kali ini.. 
Biar enggang terbang sama tinggi.. 
Biar pipit ini.. 
Berpatah sayap bertongkat paruh 
Masih tetap mengejar seribu ingin diri..
Rindu ibarat mutiara yang hilang 
Dibawa air sekilas lalu 
Jika tiada ditadah dan diasing antara benar atau tidak.. 
Pepatah tua ibarat pungguk merindu bulan 
Bagai tiada maksud dizaman alam tiada sempadan..
Persis lilin yang tiada meminta 
Dibakar menerangi segenap juru gelap 
Agar ada yang dapat melihat.. 
Jelas dan terang.. 
Ini lagu yang tiada pernah terdendang..
Buat tatapanmu yang menganggap pungguk itu
Hanya layak merindu bulan.. 

Sunday, February 10, 2013

Bersudi Pada Yang Mengkhianati


Berteman alun hitam langit tujuh
Bersaksi tujuh jalur warna pelangi
Ketika itu dikata butanya hati
Meraih secangkir kasih pada yang sudi
Kini ketemu cinta yang dulu dikata
Bagai melepas batok ditangga
Bertaut semula melintang kasih yang sedia ada
Dibuang tanpa rasa berdosa
Disisih tanpa rasa kasih
Seperti dijanji sewaktu cinta itu buta dulu
Bertemu bahagia bagai diharap sinar
Gelong-gelong kasih beralun mengikut irama.. 
Menanti jawapan bagai mengikut keadaan zaman
Namun kebenaran tertulis menyebelahi si pelaku kesilapan.. 
Hakikat bersudi itu pekerti
Namun sudi pada yang mengkhianati
Bagai mati.. Mati membunuh diri.. 
Alam berpesan dengan seribu bunyi
Alam berpesan sengan seribu semetri.. 
Kini terpulang pada yang bersudi
Memilih jalan pasti.. 
Ada benar kenapa tiada pernah berjanji
Kerana tahu.. 
Kisah cinta Ini 
Sekadar pelepas sepi.. 

Monday, December 31, 2012

Januari 2013 Bagai Dinanti

Selamat Tahun Baru
Walau tiada pernah sekali aku merai dan merasai
Hangat hari yang dijanji seribu azam baru
Walau satu tidak pernah tertunai
Namun 2013 ini bagai menjanji suatu yang pasti
Biar diri sendiri tidak pasti
Rupa janji dimana bakal terjadi
Berbekal tulisan kecil dan kata tulus hati
Beranduk duka berlara sedih
Berpaksi pada satu impian yang dulu hanya mungkin
Dalam mimpi
Kini diri kembali pasti sesuatu bakal dimiliki
Sempena azam tahun ini mungkin bakal jadi realiti
Moga Allah merestui
Cinta demi cinta yang datang tiada satu lekat dihati
Lara demi lara yang pergi tiada satu hilang di ingatan
Moga jalinan kasih dan sayang yang terpatri ini
Jadi saksi kepada seribu mimpi yang kini berjaya dimiliki
Sebuah hati yang kini jadi milikmu
Selamat tahun baru
Walau diri tidak pernah merasai apa-apa pada mlm tahun baru ini
Januari 2013 bagai dinanti..
Hanya kerana hadirmu
Impian yang kini bergelar realiti

Thursday, November 8, 2012

Gemuruh Tiada Sudah

Kadang rasa bersalah itu membelenggu
Kadang rasa kesal ini benar-benar menghantu
Namun pasti rasa akur dan pasrah itu
Lebih tebal dari seribu rasa-rasa sebelum itu
Bagai terpaku dengan tiada langkah walau satu
Bagai tertanam dipasak bumi sedalam inci
Tiada kebal kali ini kecuali menghadap 
Kesukaran-kesukaran ini dengan rasa
Serba rendah diri..
Kerap dipinta tolong dan restu Illahi 
Walau janji-janji dulu diingkari
Kerana itu termaktub dengan sifat-Nya
Maha pengampun.. Maha pemurah..
Lagi pengasihani..
Kasihanilah hamba-Mu Tuhan..
Tidak termampu lagi menatap perit
Satu demi satu gulingan kerikil-kerikil 
Walau sebesar jari paling kecil..
Gemuruh tiada sudah ini
Biarla berhenti
Gantilah dengan janji-janji Mu
Untuk setiap hamba
Yang sabar dengan uji dan duga Mu..