Sunday, October 16, 2011

5 Tanda Cinta Ini Kembali?

Selebar sayap hati ini
Bertadah janji yang dulu terungkai dek ribu khianat
Mana mungkin sumpah itu dilanggar hanya kerana
Satu hati yang tersiat
Biar pedih bergalang nurani luka
Biar biduk berlalu dengan saka-sakanya
Namun pasti
5 tanda cinta ini kembali
Kembali memberi sinar dan erti
Biar luka-luka ini tiada lagi..
Ku percaya 5 tanda cinta ini benar suci
Tidak sekotor dan jijik seperti dulu
Penuh dusta dan lara
5 tanda cinta ini pasti ku semat
Pasti ku susun rapi agar terpatri sekukuhnya
Tidak tercampak hanyut dek lagak angkuh seperti dulu
Berilah aku kekuatan itu
Berilah aku kepercayaan itu
Berilah aku semangat untuk kebangkitan ini
5 tanda cinta ini kini kembali..
Dengan cara baru.. dengan nafas baru..
Dengan jiwa yang baru..
Dengan hati yang tidak selagak dulu..
Biarkan 5 tanda cinta dulu hanyut
Bersama sumpah bangsat..
Yang tidak pernah tertunai..
5 tanda cinta ini..
Kau semadikan untuk ku..

Tuesday, August 23, 2011

TANAH PUSAKA INI MENJERIT

Awal ketika dulu datang kumpulan besar ini
Membawa seribu harap
Agar lalang-lalang tinggi itu bertukar jadi
Bunga harum yang semerbak tanginya
Membawa gambar lisan akan kedamaian
Dan keharmonian tanah merah ini..
Awal ketika dulu anak-anak kecil ini
Tiada mengerti kenapa bumi kota yang
Menjanjikan seribu harapan itu ditinggal pergi
Bertapak dibumi gambur ini
Sehelai demi sehelai daun-daun berjalur
Itu dipasak.. Di bina rumah-rumah awal
Buat berteduh anak isteri
Kini... Keringat itu tiada lagi..
Tiada lagi hampa yang harus dikenang
Hanya kerana bumi ini telah lahir
Ratusan cendikiawan yang bersumpah
Tidak akan tergadai maruah
Walau subutir pasir sekalipun
Tidak akan jd taruhan..
Kini.. Keringat itu tiada lagi..
Tinggal di hujung jalan akhir sana
Bersemadi..
Bumi ini bagai menjerit
Meraung menangisi satu demi satu
Wira-wira bangsa ini pergi..
Beruntunglah anak-anakku..
Duniamu.. Dunia baru..
Namun jangan sekali melangkaui
Batas-batas sempadan keringat
Yang dikerah ini..
Bumi ini bagai menjerit..
Menanti saat hari sakit..
Moga wira pertiwi ini
Ditempat Illahi dikalang hamba-Nya yang sufi

Tuesday, August 2, 2011

Seakan Cinta itu Kembali

Kerap benar Ramadhan disambut julang
Bagai kisah ini tiada hujung dimana
Kasih yang dinanti hanya ada ketika bulan restu ini
Ibarat tunas dulu yang kesan cantasnya
Kembali tumbuh membina rasa hati
Yang tiada runtuh jauh lagi bergoyang
Dek kerana cinta ini kusepuh untukmu
Walau tiada apa istimewa diri ini berbanding
Tinggi darjatmu..
Betapa perit tatkala menahan rindu
Yang dulu hilang di bawa air sekilas lalu..
Kini kembali dengan memberi harap
Agar aku sentiasa dibimbing kejalan-Mu
Kerana tidak pernah rasa ini menyekat kemahuanku
Untuk terus menyintai dan menyayangi
Kasih yang selama ini telah wujud
Namun tidak digilap perasaan itu untuk membuktikan
Bahawa hanya kau kekasihku..
Katakanlah cinta itu milikku
Bisikkanlah rindu itu hanya milikmu
Dengan kerelaan seribu langkah hati ini
Tidak ku menyesali sedikit payah yang mungkin
Dihadap temu satu hari nanti
Seakan cinta itu kembali..
Kini aku kembali mengharapkan sinar itu..
Pandulah aku..bimbinglah aku..
Biar jelas jalan depan ku TUHAN..

Monday, July 25, 2011

Ramadhan..Di Saat Aku Mencintaimu

Genap tahun kedua Ramadhan ini
Dulu bertasbih di depan lembayung-Mu
Aku bermohon agar aku dituju pada arah yang satu
Dulu bertatih dipinggir restu-Mu
Kini aku kembali memohon jalan-Mu
Benarkan aku mencintai-Mu
Dengan satu nama yang sama
Namun dengan hati budi yang jauh berbeza
Sekali lagi kurelakan penangan demi penangan cinta
Ini kembali kupupuk demi satu rasa
Biar hancur langit bintang tiga
Biar ranap 5 tanda cinta
Kini kejora..kejora sinar putih
Seakan menjanjikan bahagia
Pada aku dari tanah utara ke timur ini
Bukan lagi jarak yang berbeza
Jarak ini yang akan menyatukan
Jarak ini yang akan menyamakan
Biar cinta ini kukuh teguh
Dan sekali lagi Ramadhan ini jadi saksi
Pada cinta yang ku tunggu..
Biar cinta ini jadi milikku
Kekal abadi..
Ramadhan ini.. Di saat aku mencintaimu..

Thursday, June 16, 2011

RIAK-RIAK DUKA

Bertambah kasih bertambah sayang
Mengharap kasih mengharap sayang
Tanah dulu dibiar digilap kini
Jadi emas bawa pulang seribu harap
Demi sumpah janji yang kutabur dulu
Jejak hari ini mengharap khabar sepi
Yang mungkin satu hari merebah jati diti
Bawa pergi segamit memori-memori suci
Ditanah bertuah ini..
Jangan kerana takbur dan riak nanti
Kita sendiri meratapi nasib diri..
Berubah baik bermula dari diri
Bukan gelodak nafsu yang membuai mimpi
Terbiar tanah ini hancurlah harap
Hilanglah arah
Yang dulu dijunjung bagai membela
Nasib perwira dihujung nyawa
Membangkit resah seribu anai-anai
Yang dulu berumah dan berpinak didalamnya
Riak-riak duka ini
Jangan dibiar menjadi duri
Yang akhir nanti mencucuk
Mencela dan menghina mata hati kita sendiri..

Monday, May 9, 2011

TANGGANG SUDAH KEMBALI

Tanggang!!!! Tanggang!!!
Tanggang anak mak!!!
Itu mungkin panggilan akhir seorg ibu miskin
Yang dulu hanya ibu itu yang tanggang sanjung..
Ibu..
Kini tanggang kembali..
Membawa harapan kotor untuk tanggang
Gambarkan pada semua bahawa
Tangganglah raja yang dinanti mereka..
Tanggang..
Cerita ini rupanya tiada sedarnya..
Baliklah kau tanggang..
Baliklah kau ke tempat
Dimana dunia itu milikmu dan anganmu..
Tanggang..jangan bawa sialmu kesini
Ini amanah ibu..

Tuesday, May 3, 2011

RASA INI.. RASA DIJUNJUNG

Kata ibarat kaduk lupa daratan
Ibarat dijunjung seribu lapis tangan
Yang meminta dipersembahkan satu kenyataan
Yang mungkin tiada benar dan tiada pasti
Kaduk ini kaduk raja
Kaduk megah yang makin lupa dimana asal
Walau negeri lahir tidak beraja
Harus diingat bumi ini ada Tuannya
Kembalilah pada jalan satu hamba-Mu
Ya Allah.. Bukakanlah pintu hatinya
Jangan dibiar rasa-rasa ini terus menerjah
Membangkit semangat sia-sia
yang tidak memberi apa-apa makna
Melainkan hanya dendam sahaja yang terbela
Sedar bangsaku sedar
Sedar kita kini di hujung gading
Yang menanti saat patah jika tidak dibalut luka
Yang menanti saat rebah jika tidak diperkasa
Kini duri-duri ini seolah pasrah
Menanti berita yang tiada sudah..

Wednesday, April 27, 2011

Cemar Bangsa

Titik juang yang dulu teguh katanya
Kini kian pudar dek kerana serakah bara
Yang menguasai minda ingin berkuasa
Biar bertongkat sayap patah
Mahu lagi dilebur garuda perkasa
Yang tiada mungkin rebah
ingatlah wahai bangsaku
Melayu cuma satu
Jangan biar MELAYU terus melayu..
Jerih getir dihadap satu ketika dulu
Seakan hilang tiada tanda lagi
Seakan tiada harga lagi
Mana janji? Mana ikrar pertiwi?
Mana jati diri untuk pertahan
Bumi ini walau darah tidak lagi mengalir?
Katamu dulu..
Perjuangan ini pasti tidak bertitik..
Bangkitlah bangsaku..bangkitla dari lenamu
Yang belum tentu menjamin dimana akhirmu
Jangan dibiar setitik nila
Mencemar seluruh jernih susu
Yang sekian lama kita tadah
Untuk dinikmati keseluruh pelusuk lohong yang ada..
Cemar ini cemar bangsa..
Cemar ini bawa sengsara..
Ingatlah bangsaku..
Cemar ini tidak pernah membawa makna..

Tuesday, April 5, 2011

Kini Aku Kembali

Palas dulu sepi kini hadir..
Bawa duri-duri dulu
Yang akan hancurkan
Impian Iblis yang dilaknat
Biar ku kembali
Ku buang sepi-sepi dulu
Ku tagih kebenaran kini..