Monday, December 7, 2009

AKAN KU TAGIH CINTAMU

Sesekali nafas bagai terhenti
Akan teringat saat hati bertunjang pada satu nama
Saat sayang tiada terpaling lagi
Di bumi suci ini
Di Tanah haram ini
Di langit ar-rashy ini
Biar jadi saksi
Akan segala rasa cinta
Yang terutus untuk aku abadikan
Bertindih rasa kesal dan sayang
Berlapik tiap-tiap butir rindu
Hanya pada satu
Akan kutagih cintamu ke akhir helaku
Biar tiada siapa pasti
Biar tiada satu hati mengerti
Namun pasti akal dan rasa ini
Untuk ku serah pada yang satu..
Kau yang satu..
Tetap satu

Monday, November 23, 2009

NOVEMBER DATANG LAGI (2)

November..
November datang lagi
Musim ubi kayu
Musim kopi 0..
November..
November datang lagi..
Kali ini datang berat..
Datang dengan seribu sirat dan surat..
November kali ini berat..
Malas rasa galas
November kali ini..
Hujan lebat..angin air deras..
November..
November datang lagi..
Hati resah gelisah.

Wednesday, October 14, 2009

CORETAN HATI NENDA - JM AZIZ ( 2 )

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..
Permata Untuk Isteri
JM Aziz - Seberang Takir

Coretan Hati Nenda - JM AZIZ

Aku berkolek didada laut
Dengan jala jala gelama
Kutebarkan sepenuh tenaga
Memburu rindu memburu rindu
Aku bersajak di tangga pondok
Dengan mata mata si pena
Ku khabarkan kisah manusia
Dipintu maut dipintu maut
Aku berkolek dan aku bersajak
Dari pantai timur ke kuala selut
Mencari penawar turunlah angin selatan
Soronglah kolek ku
Ke pelabuhan kelang.. "


Berkolek bersajak
JM AZIZ - Seberang Takir

Al-Fatihah untuk nenda..

Monday, October 12, 2009

KELADI..BUKAN SALAHNYA

Ingat simpulan ibarat dicurah sebeban cair
Ke daun keladi belum tentu
Setitik pasti tahan dihujung titis akhir
Namun hujan pasti tiada mengelak turun mencurah
Biar basah kuyup seluruh rumput..
Namun keladi tetap keladi..Bukan salahnya..

Tuesday, October 6, 2009

NILAI..HARGA..KAMBING..ORANG..

Semalam balik dari kerja
Tengok kambing lintas jalan
Warna hitam..
Orang pun ada warna hitam kulitnya
Terfikir beza..nilai..harga
Kambing..Orang..
Kambing lahir kadang-kadang dalam kandang
Kadang-kadang tengah padang
Orang lahir kadang-kadang tempat baik
Kadang-kadang tengah padang
Kambing lahir nilai..harga RM600
Orang lahir kadang-kadang..
Nilai..harga..
Lubang jamban
Tepi longkang
Dalam perangkap sampah.

Monday, October 5, 2009

TRAGEDI DEMI TRAGEDI

Dalam singkat masa
Kita diberi ingat akan satu ketika
Apa yang kita rasa..Apa yang kita pegang
Belum tentu jadi milik abadi satu tangan..
Dalam singkat rasa
Kita diberitahu akan satu peluang
Untuk kita rebut..Untuk kita gapai
Biar pasti jadi milik tetap tangan yang mula memegang..
Tragedi demi tragedi
Biar kita ingat
Bukan setakat sayang
Bukan setakat rindu
Hati yang dibelah belum tentu
Jadi jamin rasa yang satu..
Tragedi demi tragedi
Jangan biar jadi mimpi ngeri..

Thursday, September 17, 2009

HUJAN

Hujan buat hilang sakit
Hujan buat hilang bala
Hujan buat orang reda
Kerana hujan orang diam
Kerana hujan debu hilang
Hujan hilang dahaga tapi lapar
Hujan..Hujan..Hujan..

Tuesday, September 15, 2009

DAN RAMADHAN SEGALA SAKSI..

Telah lama berungkap soal kasih
Tentang sayang tiada sudah
Pada kekasih yang satu
Cinta dipupuk hari demi hari
Walau tiada satu debu jawapan
Akan bila berakhir sayang
Cinta dipupuk saat demi saat
Walau tiada satu harapan yang mampu
Beri sedikit senyuman
Untuk ku kuntum sebak kerinduan ini
Pada nama yang ku anggap kekasih
Tiada pernah sejujur ini
Tiada pernah sesungguh ini
Mencari dan mencari satu jawab pasti
Untuk kuwangikan segala kotor dan debu hati
Untuk ku jadikan penawar bagi segala racun
Selama ini jati pati hati..
Semoga cinta hatimu kembali
Dan Ramadhan ini segala saksi cintaku
Yang terutus untuk ku terus abadikan
Jadi tanda cinta ini tiada lain lagi..
Hanya satu cinta..
Pada satu rahsia..
Dan janji terlerai janji..
Hati ini..hanya satu rasa.

Wednesday, September 9, 2009

BILA CINTA TERLALU ABADI

Benar kata kasih tiada lagi
Benar kata sayang hingga mati
Benar kata cinta terlalu abadi
Pasti semai rindu ini
Ke hujung dunia lagi digalas
Walau beban yang menanti
Bukan seringan rimbunan batu
Turun dari langit tinggi
Pasti semai cinta ini berputik
Segar ranum tiada lagi titik
Yang mampu jadi ganti
Jadi saksi..
Bila cinta terlalu abadi..
Rahsia demi rahsia pasti
Pasti tiada tahu sampai bila
Sampai bila abadi cinta ini
Biar didakap sang panas matahari
Biar dipeluk sejuk angin malam
Berputih mata..berputih tulang..
Bila cinta terlalu abadi
Sayang..serasa sayang..
Sayang..terasa sayang..
Walau dimilik jutaan hati insan
Namun cinta ini terlalu abadi..

Sunday, August 2, 2009

SELEBAR KASIH RASUL

Selebar sayang umat
Seluas laut mati tiada hitung dimana hujung
Sesanggup Zulaikha menagih cinta Yusuf
Sesayang Siti Hajar berpanas mencari
Setitis mutiara bumi
Sekasih Ayub pada isteri
Sesayang Muhamad pada umatnya..
Hanya satu kasih rasul tiada pernah
Kita kecap..kita rasa..
Berbahagialah para sahabat
Sezaman baginda..
Menanti hari hitung yang pasti menjadi bukti
Ke-Esaan Tuhan yang mencipta
sekecil zarah..sebesar cahaya..sepelik alam.
Hanya satu kasih Rasul
Mana mungkin menyamai kasih seribu tahun
Cinta dipupuk umat akhir zaman
Hanya satu kalimah..
Dengan satu doa..
Membawa harapan agar diperkenan Pencipta
Untuk mengampun umatnya..
Pasti kasih itu membawa ke syurga..

Monday, May 18, 2009

LAMBAIAN KIBLATKU

Harus juta yang berkiblat satu
Agama dipegang sejak dulu
Lambaian kiblatku jadi seru
Akan ku hadir jadi saksi segala ribu
Sumpah syahadah dibibir sejak ribuan tahun dulu
Terjemah pada landas syariah
Bahawa kita milik-Nya
Satu hari kita pasti menemui-Nya
Tuhan,
Lambaian kiblatku hanya satu tuju
Kupohon tangis redhaku
Kupohon tawa nikmatmu jadi kekal
Tiada aral..Hanya satu sumpah bahawa aku
Adalah milik-Mu..bahawa aku
Adalah hamba-Mu..
Tuhan..restuilah aku..Rahmatilah aku..
Tuhan..lambaian kiblatmu
Jadi mimpiku..

Thursday, April 16, 2009

TEGUR UNTUK MELAYU

Orang lama berpesan
Pesan berpesan agar tidak tersalah jalan
Orang lama berpesan
Pesan berpesan agar tidak kelam
Kering kontang
Tegur untuk Melayu..
Jangan takbur,jangan layu
Bangun bangkit jadi satu
Jadi teras bak isi dan kuku
Tegur untuk Melayu..
Jangan seperti resmi semalu
Tersentuh..melayu
Tersepak..melayu
Tercuit..melayu
Biar Melayu asal gagah berdarah
Biar Melayu asal berani canggah
Perihal bumi bukan mainan
Jangan hak jadi taruhan
Tegur untuk Melayu..
Jangan sampai hilang tuju..

Thursday, April 9, 2009

UJIANMU - REDHAKAH AKU

Lahir hariku dengan seribu perit
Dari rahim seorang ibu
Janji roh kepada Tuhan untuk menjadi
Insan seribu guna pada sekelian alam
Besar bagai ditatang emas segantang
Namun uji-Mu Tuhan,
Redhakan aku..
Bersujud dengan kalimah syahadah
Jernih mata air membasahi sejadah
Hanya pada-Mu tempat aku bersembah
Hanya pada-Mu tempat kumengalah
Dipohon seribu berkat sabar
Membawa tegar hati menanti hari sukar
Namun uji-Mu Tuhan,
Yakinlah aku..
Dengan kalimah Bismillah
Kupohon damba sirat yang lurus
Diberi cahaya yakni Nur
Bersama sabar yakni tafakur
Namun uji-Mu Tuhan
Haruskah berkubur
Namun uji-Mu Tuhan
Ku pohon restu-Mu
Namun uji-Mu Tuhan
Redhakah aku..

Wednesday, March 25, 2009

SESUAP BERAS

Saban hari..
Saban waktu mencari
Sebiji beras sesuap nasi
Kerana kasih pada tercinta
Kerana sayang pada kekasih
Terikat pada janji menggalas seribu perit
Walau hanya sakit yang menanti
Sejuta kasih namun tiada erti
Beribu benih sayang disemai namun
Tiada satu tumbuh menjadi
Payung kala hari kian bertaut mendung
Setitis embun pasti jatuh ke ubun
Membawa sakit
Bawa malang tiada hujung
Bagai seru sabar dijanji Tuhan
Sebagai teman tiada lihat
Teman bisu..tempat mengadu
Hujung hari pasti
Pasti akan tahu..


Wednesday, March 18, 2009

SEPI BAWA DAMAI

Damai dicari damai abadi,damai sejati
Flora tumbuh bersilih ganti
Namun yang kekal akar mati
Tunjang tanah sakti
Bagai aur memegang kemas dari hakis air mati
Susur jalur daun selebar kasih Illahi
Tinggi sayup pucuk biru bagai restu
Membawa pasir halus di bumi
Di awan putih sejernih kali
Sejuk dingin bagai dipupuk
Syahdu aman bagai disuluh
Sepi bawa damai ini
Mana mungkin ada ganti
Mana mungkin dicipta sendiri
Biar tua semakin hari
Sepi damai ini bagai terus gagah
Memberi dan memberi
Biar puas hati yang mati
Sepi bawa damai ini
Sunyi..

Tuesday, March 10, 2009

BERANI BUKAN KERANA DICABAR

Patah kata orang lama
Berani biar kerana benar
Bukan kerana dicabar
Berani biar kerana tahu
Bukan kerana ikut nafsu
Salah tafsir
Berani bawa resah
Salah tindak
Berani bawa parah
Berani bukan kerana dicabar
Biar berani asal benar
Berani dan benar biar selebar..
Biar sesayap..
Adat pantang dicabar
Harus lenyap..harus sabar
Berani kerana benar
Berani bukan kerana dicabar.

Tuesday, February 24, 2009

TANAH AKHIR

Selebar jasad teriring
Sepanjang kaki membujur
Sedalam diri
Tanah akhir ini..tanah sepi
Sepi terakhir menanti
Saat hitung amal suci
Lidah tiada erti
Hanya jasad ganti diri
Bersoal laku baik buruk hati
Terima azab tiada mati
Terima rahmat tiada hujung
Hanya kasih Illahi dinanti
Tanah akhir ini sunyi
Saat fajar sejengkal jari
Lari tiada erti
Hitung amal..hitung hari
Moga restu Illahi..
Tanah akhir ini..

Tuesday, February 3, 2009

SERAUT WAJAH KASIH..SEKILAS SAYANG

Seraut wajah kasih..
Sekilas rasa sayang
Kasih tua ini hingga kiamat
Sayang lama ini
Pasti ke akhirat
Sejujur kasih ini
Akan pasti tiada galang ganti
Seikhlas sayang ini kekal abadi
Hanya kasihmu
Mendidik aku menjadi insan
Mengajar aku akan
Kewujudan dan kebenaran kasih sayang
Biar satu hari nanti
Kasihmu akan pergi
Biar ada ketika nanti
Pancaindera ini akan tangisi
Akan kasihmu
Pasti aku pasti
Tanah lahadmu disuburi
Restu Illahi
Pasti aku pasti
Roh sucimu bersemadi
Bersemi di kalang syahid yang mati

Sunday, January 18, 2009

SUTERA PUTIH

Lahir bermandi darah
Sutera putih tiada merah
Corak kian ditarah
Petak segi bagai
Sutera putih itu
Jalur dicorak
Jalur tercorak
Bulat dicorak
Bulat tercorak
Namun sutera putih itu
Ada hati
Ada nyawa
Ada naluri untuk bicara
Biar ada rasa
Sutera putih itu
Tiada harus bisu
Di sayang..ditatang
Bagai minyak yang penuh
Bagai beras segantang..
Sutera putih itu..
Sayang..

Monday, January 12, 2009

GHAZAL UNTUK GAZA

Tiada pernah terdendang
Tiada pernah tertari
Ghazal ini bukan dinanti
Lagu mati..
Lirikan laras
Bunyi gong atom tiada seindah
Irama cinta hati
Tiada senada rai sanubari
Riuk jari bukan menari
Lentuk kaki bukan seri
Tari ini..tari mati
Tari ini..tiada hati
Ghazal untuk Gaza
Tiada dinanti lagi..

Tuesday, January 6, 2009

TEMPUR SUCI

Gerak hati anak sejati
Harus gugur..Harus mati
Ibarat tempur suci
Habis hati
Titis darah terakhir
Sebutir tanah tiada harus
Tergadai..
Sebutir tanah tiada harus
Dijual..
Sengketa bawa dajal
Bumi tempur suci ini
Mati..tiada erti
Pasir sepi ini
Bingar lagi..
Tiada daya randok kuasa
Biar putih mata
Tempur suci ini
Tiada upaya..

Thursday, January 1, 2009

JANJI TUHAN..SYURGA

Sekecil hama dikira
Pahala dijanji Tuhan..mulia
Selaut gunung dihitung
Dosa dijanji Tuhan..keampunan
Sayang Pencipta kepada hamba-Nya
Janji Tuhan..Syurga
Kasih yang agung tiada bertara
Cinta yang tegar tiada berkira
Sujud dan sembah
Satu-satu dipinta
Agar berkat kalimah keramat
Bersujud di atas sejadah rahmat
Pohon berkat Qiamullai
Jalan-jalan sunnah
Janji Tuhan tiada muslihat
Janji Tuhan bercahaya..
Janji Tuhan..Syurga