Tiap malam kala ku dongak
Melihat agong cintamu..
Pasti dilihat akan tanda rindu itu
Pasti terpandang akan
Keyakinan seorang pencinta kasih dan sayangmu..
Biar juta dilangit tinggi
Namun janjiku..
Seindah bintang tiga itu
Sesetia bintang tiga itu
Berada disitu..
Tiada ganjak walau bulan berganti silih
Mentari ufuk timur yang terbit
Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
Namun pasti bintang tiga itu disitu
Menanti dikasih
Bagai malam-malam sebelum itu
Janji bintang tiga ini lagi
Biar cakera bumi bertimbus awam putih
Titik tiga sejajar ini pasti disini..
Seindah langit bintang tiga malam ini
Tiada pernah terjanji untuk
Gugur..turun menyembah riba
Ibarat bulan tiada mahu bersinar lagi..
Seindah langit bintang tiga ini..
Sesetia bintang tiga dilangit ini..
Ku pacak kasih buatmu..
No comments:
Post a Comment