Monday, March 1, 2010

HATI..BENARKAH TIADA LAGI..

Kutitip cinta demi cinta
Sama seperti janji dibumi Ar-Rasyi-Nya
Sama seperti sumpah di rata tanah-Nya
Namun titipan cinta ini
Bagai terhenti dengan satu kata
Bersumpahlah aku bersaksi Telaga Hajar
Untuk mencari dan mencari cinta akhirku
Mencari teman di hari matiku..
Bersumpahla aku di gigi pasir Marwah
Bahawa pulang nanti
Akan ku tagih cinta dan sayangmu
Hanya kerana satu..hati
Hati yang mencari damai hidup
Yang tiada galang tanding
Kerana itu doaku..
Kerana itu pintaku..
Doa makbul ibarat buta dapat tali
Dapat tongkat untuk berdiri
Namun kini..
Hati..benarkah tiada lagi
Tekad untuk aku pasrah pada tentu takdir
Namun kerana sekelilingmu
Bukan seorang aku yang menagih cintamu..
Hati..bagai tiada lagi..
Ku pohon ihsanmu
Tenangkan aku biar bukan dalam dakapmu
Teruskan hati ku rindu pada fitrahku
Benarkan aku cinta pada janji-janji dulu
Hati..ku tahu ada lagi
Namun kerana salah dan silap kecil ini
Kembalilah kau menyuluh
Jalan-jalan hati gelapku..
Hati..tidakku percaya tiada lagi

No comments: