Kerap benar Ramadhan disambut julang
Bagai kisah ini tiada hujung dimana
Kasih yang dinanti hanya ada ketika bulan restu ini
Ibarat tunas dulu yang kesan cantasnya
Kembali tumbuh membina rasa hati
Yang tiada runtuh jauh lagi bergoyang
Dek kerana cinta ini kusepuh untukmu
Walau tiada apa istimewa diri ini berbanding
Tinggi darjatmu..
Betapa perit tatkala menahan rindu
Yang dulu hilang di bawa air sekilas lalu..
Kini kembali dengan memberi harap
Agar aku sentiasa dibimbing kejalan-Mu
Kerana tidak pernah rasa ini menyekat kemahuanku
Untuk terus menyintai dan menyayangi
Kasih yang selama ini telah wujud
Namun tidak digilap perasaan itu untuk membuktikan
Bahawa hanya kau kekasihku..
Katakanlah cinta itu milikku
Bisikkanlah rindu itu hanya milikmu
Dengan kerelaan seribu langkah hati ini
Tidak ku menyesali sedikit payah yang mungkin
Dihadap temu satu hari nanti
Seakan cinta itu kembali..
Kini aku kembali mengharapkan sinar itu..
Pandulah aku..bimbinglah aku..
Biar jelas jalan depan ku TUHAN..
No comments:
Post a Comment