Titik juang yang dulu teguh katanya
Kini kian pudar dek kerana serakah bara
Yang menguasai minda ingin berkuasa
Biar bertongkat sayap patah
Mahu lagi dilebur garuda perkasa
Yang tiada mungkin rebah
ingatlah wahai bangsaku
Melayu cuma satu
Jangan biar MELAYU terus melayu..
Jerih getir dihadap satu ketika dulu
Seakan hilang tiada tanda lagi
Seakan tiada harga lagi
Mana janji? Mana ikrar pertiwi?
Mana jati diri untuk pertahan
Bumi ini walau darah tidak lagi mengalir?
Katamu dulu..
Perjuangan ini pasti tidak bertitik..
Bangkitlah bangsaku..bangkitla dari lenamu
Yang belum tentu menjamin dimana akhirmu
Jangan dibiar setitik nila
Mencemar seluruh jernih susu
Yang sekian lama kita tadah
Untuk dinikmati keseluruh pelusuk lohong yang ada..
Cemar ini cemar bangsa..
Cemar ini bawa sengsara..
Ingatlah bangsaku..
Cemar ini tidak pernah membawa makna..
Kini kian pudar dek kerana serakah bara
Yang menguasai minda ingin berkuasa
Biar bertongkat sayap patah
Mahu lagi dilebur garuda perkasa
Yang tiada mungkin rebah
ingatlah wahai bangsaku
Melayu cuma satu
Jangan biar MELAYU terus melayu..
Jerih getir dihadap satu ketika dulu
Seakan hilang tiada tanda lagi
Seakan tiada harga lagi
Mana janji? Mana ikrar pertiwi?
Mana jati diri untuk pertahan
Bumi ini walau darah tidak lagi mengalir?
Katamu dulu..
Perjuangan ini pasti tidak bertitik..
Bangkitlah bangsaku..bangkitla dari lenamu
Yang belum tentu menjamin dimana akhirmu
Jangan dibiar setitik nila
Mencemar seluruh jernih susu
Yang sekian lama kita tadah
Untuk dinikmati keseluruh pelusuk lohong yang ada..
Cemar ini cemar bangsa..
Cemar ini bawa sengsara..
Ingatlah bangsaku..
Cemar ini tidak pernah membawa makna..
3 comments:
hatiku kini terluka
yang mampu memegang kewajiban
Menghunus kebenaran
dengan daya dan minda
dengan cekal dan usaha
namun disana
terbelah pautnya bangsa
angkara minda ditaja
dengan kuasa dan harta
sesiapapun hatinya terluka
melihat bangsa hilang kerisnya
slm.
kbp
yang jadi duri bila kuasa mula berontak
meminta lebih dari yang ada biar satu baris..
alasan tiada satu sempurna melainkan kerana nafsu ingin benar bergelar raja..
manakan hati tidak terluka..
hanya mata yang mahu melihat satu demi satu anak bangsa ini kembali
Post a Comment