Friday, February 26, 2010

AIR.. SEKILAS LALU

Air..
Salah tafsir pasti mengalir
Salah kata pasti hancur
Setiap laku..hanya jujur
Sejernih air..
Air..
Menahan segala debu sungai
Hilang segala kotor hati
Air..
Kerana kau air..
Sekilas lalu pasti senyap
Sekilas lalu pasti indah
Sekilas lalu pasti
Ratap demi ratap menahan keinginan ini
Untuk menggenggam mu..
Air..
Sekilas lalu
Namun pasti ke akhirat..

Tuesday, February 23, 2010

MALAM..GEROMBOLAN BUKTI CINTA..

Gelap sepi..
Dikata hitam itu tiada makna
Kerana hitam berkait titik noda
Hitam malam lain
Hitam malam pekat bawa seribu
Gerombolan bukti-bukti cinta
Dan titik titik itu buktinya
Dilihat dari zaman Adam dilempar ke bumi
Hingga hari akhir saat sangkakala berbisik
Malam..
Gerombolan bukti cinta kembali
Jadi hiasan bagai janji
Jika disitu..disitu tempatnya
Bagai rugi tiada ganti
Jika hitam malam ini
Tiada dihargai
Penuhilah hati dengan hitam malam ini
Pasti gerombolan cinta ini
Dihati..
Malam..Gerombolan bukti cinta..
Tiada dusta..tiada perdaya
Gerombolan bukti cinta ini
Tiada mampu bersuara
Apa lagi sengketa..malam
Gerombolan bukti cinta ini
Tak mungkin hilang..

Wednesday, February 17, 2010

DIKATA..RAJA SUNGAI INI..SETIA

Belum pernah terdengar
Dikata raja sungai ini
Pernah berbaik sangka
Tiada pernah terdengar
Raja sungai ini..
Menolak segala tawar lalu di depan mata
Namun kini dikata..
Raja sungai ini..setia
Setia kepada sungainya
Setia kepada fitrahnya
Bodoh biar dikata bodoh
Namun setia..
Janji raja sungai ini
Setia kepada langit bintang tiganya
Sekarang dikata
Raja sungai ini..setia
Bukan bodoh lagi..

Saturday, February 13, 2010

INDAH LANGIT BINTANG TIGA

Tiap malam kala ku dongak
Melihat agong cintamu..
Pasti dilihat akan tanda rindu itu
Pasti terpandang akan
Keyakinan seorang pencinta kasih dan sayangmu..
Biar juta dilangit tinggi
Namun janjiku..
Seindah bintang tiga itu
Sesetia bintang tiga itu
Berada disitu..
Tiada ganjak walau bulan berganti silih
Mentari ufuk timur yang terbit
Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
Namun pasti bintang tiga itu disitu
Menanti dikasih
Bagai malam-malam sebelum itu
Janji bintang tiga ini lagi
Biar cakera bumi bertimbus awam putih
Titik tiga sejajar ini pasti disini..
Seindah langit bintang tiga malam ini
Tiada pernah terjanji untuk
Gugur..turun menyembah riba
Ibarat bulan tiada mahu bersinar lagi..
Seindah langit bintang tiga ini..
Sesetia bintang tiga dilangit ini..
Ku pacak kasih buatmu..

Sunday, January 10, 2010

...DAN HATIKU BUKAN PUALAM..

Debar hati dilamun sakit perit
Menahan sejuta marah kian berdidih
Berkalung kalimah sabar dan seribu setia ini
Ku utuskan cinta demi cinta buatmu
Agar ku dipilih dikalang ribu itu..
Berkat doa barang kali sudah termakbul
Adakah sang setia ini pasti jadi pilihanmu
Kala sayang disulam tenun indah
Rindu yang dibiar lalu..
Rindu yang tiada harga itu..
Yang pasti camar berganti
Danau ini pasti satu hari gelap sepi
Kutanam lagi demi cinta untukmu
Kusemai lagi demi sayang padamu
Akan racun..racun..racun jua disiram
Tiada tahu kenapa..
Tiada tahu dimana silapnya..
Berbekal zarah cinta yang tinggal
Demi janji ini
Tiada akan terluput dari ingatan
Akan Pengorbanan demi pengorbanan
Kerana hatiku bukan pualam
Dicarik dirobek namun pasti dicantum
Dengan rasa cinta yang tiada lagi belah untukmu..
Sepenuh rasa sayang yang tiada ganti buatku..
Demi sumpah setia ini
Kembalikah kau padaku..
Kembalilah demi cintamu
Aku lemah bagai insan
Aku lemah tiada tahan
Hatiku satu..
Satu untukmu..
...Dan hatiku bukan pualam...

Tuesday, January 5, 2010

KU SELUK PEKASAM..KU CIUM KASTURI

Berakit kehulu berenang ketepian
Itu pesan kurun berzaman
Kadang dipegang kadang hilang
Adat susah bergaul resah
Payah pun payah
Susah pun susah
Tiada endah demi tuju jalan satu
Jalan janji temu syurga
Biar bergolak kata hati
Ku seluk pekasam
Namun pasti kucium kasturi
Alang-alang menyeluk ke pangkal lengan
Biar wangi seluruh alam
Semerbak harum bawa lahir sejuta rasa sayang
Menimbus segala benci dan caci
Menimbul segala iri hati
Ku seluk pekasam
Namun kasturi tegap kasturi
Biar janji tiada tinggal janji
Jadi bukti dengan segala jadi
Kuseluk pekasam kucium kasturi..

Saturday, January 2, 2010

AKUKAH KEKASIHMU..

Saat cinta bergalang doa
Saat rindu tiada halangan untuk aku
Terus menerus menadah rahmat dari langit-Mu
Kau bisikan sejuta rasa sayang
Yang tiada mungkin sama
Walau dengan tangisan jutaan Hawa
Yang butuh kata ampun dan ratap salah
Akukah kekasihmu..
Izinkan aku..izinkan aku..
Benarkah aku perlu merebut
Rasa indah ini dari ribuan yang lain..
Janji demi janji namun pasti
Kau tetap kekasihku
Benarkan cahaya ini bersemi lama
Di hati..sanubari
Benarkan rasa sukar ini berganti
Janji yang ditepati..
Akukah kekasihmu..
Kala ribuan lain mengatur langkah
Menghitung hari..untuk jadi milikmu?
Demi seribu pahit yang lalu
Demi secalit manis yang tinggal
Debu demi debu cinta ini
Kutitip buatmu yang satu
Agar pasrah hati ini jadi kekal milikmu
Biar payah sukar naluri ini
Menebus rasa gentar
Pada jiwa-jiwa yang menagih cintamu
Biar jadi racun pada kasih yang disemai
Insan-insan yang kuanggap tiada layak untukmu
Hanya kau kekasihku..
Akukah kekasihmu...