Wednesday, March 25, 2009

SESUAP BERAS

Saban hari..
Saban waktu mencari
Sebiji beras sesuap nasi
Kerana kasih pada tercinta
Kerana sayang pada kekasih
Terikat pada janji menggalas seribu perit
Walau hanya sakit yang menanti
Sejuta kasih namun tiada erti
Beribu benih sayang disemai namun
Tiada satu tumbuh menjadi
Payung kala hari kian bertaut mendung
Setitis embun pasti jatuh ke ubun
Membawa sakit
Bawa malang tiada hujung
Bagai seru sabar dijanji Tuhan
Sebagai teman tiada lihat
Teman bisu..tempat mengadu
Hujung hari pasti
Pasti akan tahu..


Wednesday, March 18, 2009

SEPI BAWA DAMAI

Damai dicari damai abadi,damai sejati
Flora tumbuh bersilih ganti
Namun yang kekal akar mati
Tunjang tanah sakti
Bagai aur memegang kemas dari hakis air mati
Susur jalur daun selebar kasih Illahi
Tinggi sayup pucuk biru bagai restu
Membawa pasir halus di bumi
Di awan putih sejernih kali
Sejuk dingin bagai dipupuk
Syahdu aman bagai disuluh
Sepi bawa damai ini
Mana mungkin ada ganti
Mana mungkin dicipta sendiri
Biar tua semakin hari
Sepi damai ini bagai terus gagah
Memberi dan memberi
Biar puas hati yang mati
Sepi bawa damai ini
Sunyi..

Tuesday, March 10, 2009

BERANI BUKAN KERANA DICABAR

Patah kata orang lama
Berani biar kerana benar
Bukan kerana dicabar
Berani biar kerana tahu
Bukan kerana ikut nafsu
Salah tafsir
Berani bawa resah
Salah tindak
Berani bawa parah
Berani bukan kerana dicabar
Biar berani asal benar
Berani dan benar biar selebar..
Biar sesayap..
Adat pantang dicabar
Harus lenyap..harus sabar
Berani kerana benar
Berani bukan kerana dicabar.