Monday, March 29, 2010

5 TANDA CINTA..YANG KAU BERIKAN

Benarkah tanda berkasih
Betulkah tanda sayang dan cinta
Jika 5 tanda cinta itu
Yang kau berikan..
Yang kau tinggalkan..
Akan ku simpan..
Pasti ku semai biar
Terus jadi tanda ingatan
Akan kasih sayang dan cinta
Insan yang seribu lemah
Sepertiku..
5 tanda cinta..
Abadi..

Wednesday, March 24, 2010

DURI PALAS..SAKIT BAGAI...

Pualam demi pualam cinta
Digenang ditakung
Dikumpul simpan bagai sayang
Tiada pernah luluh
Ku petik satu demi satu hati
Kutanam bagai mengiring sudu kemulut
Akan pahit..
Malah racun pasti kutelan
Andai itu yang kau mahukan..
Andai benar terkena palas itu sakit
Tapi kali ini..
Lebit perit
Tiada dapat ku tahan..

Tuesday, March 23, 2010

PERCAYALAH PADA SATU JANJI

Biarlah seribu gambaran zahir
Dilihat telus ke mata
Namun hati..
Hati tiada siapa mengerti
Akan permintaan dan perlunya
Biarlah seribu gambaran zahir
Dirasa terus ke dada
Namun hati..
Hati tiada siapa tahu
Bahawa Engkau yang cintanya kutagih
Percayalah pada satu janji-janji ini
Ku perlu cintamu
Ku perlu sayangmu
Agar segala perit ini hilang
Jauh terus dari hati
Yang telah lama menanggung rasa rindu
Akan satu sayang dan kasih
Seperti mana Engkau mengasihiku
Sepertimana Engkau Menyayangiku
Sepertimana Engkau menyintaiku..
Percayalah pada janji-janji ini..
Akan ku tagih
Hanya cintamu padaku

Monday, March 15, 2010

...KU TEPIS PENANGAN DEMI PENANGAN...CINTA..

Ribu helah
Demi gelumang lekit dosa silam
Ribu tangis
Demi dikit maruah yang tercalar hilang
Ribu ampun
Demi silap yang tiada pernah
Difikir keterlaluan
Demi sayang
Kubuang segala jalang melintang
Demi cinta
Ku berjanji takkan pernah hilang
...ku tepis penangan demi penangan..
..cinta..
Buat hatiku
Pupuk rindu..cinta..sayang
Biar kembali.

Monday, March 1, 2010

HATI..BENARKAH TIADA LAGI..

Kutitip cinta demi cinta
Sama seperti janji dibumi Ar-Rasyi-Nya
Sama seperti sumpah di rata tanah-Nya
Namun titipan cinta ini
Bagai terhenti dengan satu kata
Bersumpahlah aku bersaksi Telaga Hajar
Untuk mencari dan mencari cinta akhirku
Mencari teman di hari matiku..
Bersumpahla aku di gigi pasir Marwah
Bahawa pulang nanti
Akan ku tagih cinta dan sayangmu
Hanya kerana satu..hati
Hati yang mencari damai hidup
Yang tiada galang tanding
Kerana itu doaku..
Kerana itu pintaku..
Doa makbul ibarat buta dapat tali
Dapat tongkat untuk berdiri
Namun kini..
Hati..benarkah tiada lagi
Tekad untuk aku pasrah pada tentu takdir
Namun kerana sekelilingmu
Bukan seorang aku yang menagih cintamu..
Hati..bagai tiada lagi..
Ku pohon ihsanmu
Tenangkan aku biar bukan dalam dakapmu
Teruskan hati ku rindu pada fitrahku
Benarkan aku cinta pada janji-janji dulu
Hati..ku tahu ada lagi
Namun kerana salah dan silap kecil ini
Kembalilah kau menyuluh
Jalan-jalan hati gelapku..
Hati..tidakku percaya tiada lagi