Saturday, July 31, 2010

Hatiku Bukan Pualam (2)

Randuk desak hati bagai disiang
Dimamah buluh ganti diri bagai tajam ditikam
Jerih payah bagai disia
Susah sukar bagai dituang lalu
Ke air kotor mengalir lesu
Membawa lari seribu janji
Yang dulu dipegang
Yang dulu dicanang
Tiada akan pernah hilang
Walau sejuta debu bumi ini terbang
Tanda hari akhir
Telah hilang 5 tanda cinta
Telah hilang langit bintang tiga
Dibawa air..sekilas lalu..
Kerana hatiku bukan pualam..
Berjanji tabah walau ribu tegar yang Kau janjikan
Demi sayang dan cinta yang pernah Kau berikan
Berbahagialah dengan janji-janji baru itu
Jangan dikhianati cinta itu lagi..
Kerana hatiku bukan pualam..
Kerana hatiku bukan pualam..