Thursday, August 12, 2010

KATA-KATA TAK BERHARGA

Duri Palas tertarik dengan puisi indah yang tercoret bersama seni lagu ini..

Berkali sudah kukatakan kepadamu
Ketelanjuranmu itu
Begitu lemah engkau tiada berdaya
Hingga terkorban segala
Seluruh jiwa mengharapkan
Kau mengerti
Betapa kesalnya diri
Bagaimana kan kutelan kenyataan
Engkau dan sebuah kehancuran

Kusimpan semua detik-detik kenangan
Bersama sisa harapan
Pasti engkau kembali
Insafi diri..kemana arah tujuan

Kusedari kini kata-kata tak berharga
Takdir Illahi masa merubah segala
Cinta manusia tiada kekal sifatnya
Budimu tiada serupa..
Engkau campakkan..pesanku tak kau perlukan
Budi terbuang tak mampu kau pertahankan
Tangisan sayu mengiringi lagu sendu
Tanda kesalku sewaktu mengenalimu..

Wednesday, August 11, 2010

RAIKAN KEHILANGANMU

Duri Palas tertarik dengan lirik lagu ni.. Raikan Kehilanganmu - Aqasha

Kekasih..
Maafkan aku kini
Harus meninggalkanmu bersungguh-sungguh
Berat hati beban sehebat ini
Biar nikmat ku tanggung masih beruntung
Oooo Terima kasih oh kekasih
Kuraikan kehilanganmu
Airmata darah pun takkan dapat memanggilku
Harus jauh
Lupakan sudah kisah kita
Nafikan aku sesungguhnya aku
Takkan rugi
Teringin..itu perasaan cuma
Kita raikan takdir...
Ingin semampunya kusenangi hidupmu
Sampai bila-bila aku pun untukmu
Dinurani hayat hidupku
Bukan ku menyerah melupakan hasratku
Tapi bila aku melihat dirimu
Mungkin ada yang lain untukku..
Raikan kehilanganmu..kehilanganmu..
Raikan kehilanganmu...
Kekasih..
Cinta kita disini oh tak semesti bersatu
Lupakan aku ooooo
Terima kasih oh kekasih...
Ku raikan kehilanganmu....
Ku raikan kehilanganmu..
Ku raikan kehilanganmu..
Ku raikan kehilanganmu..
Raikan kehilanganmu...

Saturday, July 31, 2010

Hatiku Bukan Pualam (2)

Randuk desak hati bagai disiang
Dimamah buluh ganti diri bagai tajam ditikam
Jerih payah bagai disia
Susah sukar bagai dituang lalu
Ke air kotor mengalir lesu
Membawa lari seribu janji
Yang dulu dipegang
Yang dulu dicanang
Tiada akan pernah hilang
Walau sejuta debu bumi ini terbang
Tanda hari akhir
Telah hilang 5 tanda cinta
Telah hilang langit bintang tiga
Dibawa air..sekilas lalu..
Kerana hatiku bukan pualam..
Berjanji tabah walau ribu tegar yang Kau janjikan
Demi sayang dan cinta yang pernah Kau berikan
Berbahagialah dengan janji-janji baru itu
Jangan dikhianati cinta itu lagi..
Kerana hatiku bukan pualam..
Kerana hatiku bukan pualam..

Saturday, May 1, 2010

TIBA SAAT TERPISAH SEMENTARA..

Masa berganti silih
Menunggu masa yang dijanji
Walau tiada pasti bila dan dimana
Tapi janji mungkinkah terlerai?
Kesetiaan pada perlu
Kujujuran pada waktu..
Tiba saat terpisah
Biar sementara tiada bersama..
Namun ini yang telah dijanji..
Satu hari..
Kan kutunggu saat pulang mu nanti..

Monday, March 29, 2010

5 TANDA CINTA..YANG KAU BERIKAN

Benarkah tanda berkasih
Betulkah tanda sayang dan cinta
Jika 5 tanda cinta itu
Yang kau berikan..
Yang kau tinggalkan..
Akan ku simpan..
Pasti ku semai biar
Terus jadi tanda ingatan
Akan kasih sayang dan cinta
Insan yang seribu lemah
Sepertiku..
5 tanda cinta..
Abadi..

Wednesday, March 24, 2010

DURI PALAS..SAKIT BAGAI...

Pualam demi pualam cinta
Digenang ditakung
Dikumpul simpan bagai sayang
Tiada pernah luluh
Ku petik satu demi satu hati
Kutanam bagai mengiring sudu kemulut
Akan pahit..
Malah racun pasti kutelan
Andai itu yang kau mahukan..
Andai benar terkena palas itu sakit
Tapi kali ini..
Lebit perit
Tiada dapat ku tahan..

Tuesday, March 23, 2010

PERCAYALAH PADA SATU JANJI

Biarlah seribu gambaran zahir
Dilihat telus ke mata
Namun hati..
Hati tiada siapa mengerti
Akan permintaan dan perlunya
Biarlah seribu gambaran zahir
Dirasa terus ke dada
Namun hati..
Hati tiada siapa tahu
Bahawa Engkau yang cintanya kutagih
Percayalah pada satu janji-janji ini
Ku perlu cintamu
Ku perlu sayangmu
Agar segala perit ini hilang
Jauh terus dari hati
Yang telah lama menanggung rasa rindu
Akan satu sayang dan kasih
Seperti mana Engkau mengasihiku
Sepertimana Engkau Menyayangiku
Sepertimana Engkau menyintaiku..
Percayalah pada janji-janji ini..
Akan ku tagih
Hanya cintamu padaku

Monday, March 15, 2010

...KU TEPIS PENANGAN DEMI PENANGAN...CINTA..

Ribu helah
Demi gelumang lekit dosa silam
Ribu tangis
Demi dikit maruah yang tercalar hilang
Ribu ampun
Demi silap yang tiada pernah
Difikir keterlaluan
Demi sayang
Kubuang segala jalang melintang
Demi cinta
Ku berjanji takkan pernah hilang
...ku tepis penangan demi penangan..
..cinta..
Buat hatiku
Pupuk rindu..cinta..sayang
Biar kembali.

Monday, March 1, 2010

HATI..BENARKAH TIADA LAGI..

Kutitip cinta demi cinta
Sama seperti janji dibumi Ar-Rasyi-Nya
Sama seperti sumpah di rata tanah-Nya
Namun titipan cinta ini
Bagai terhenti dengan satu kata
Bersumpahlah aku bersaksi Telaga Hajar
Untuk mencari dan mencari cinta akhirku
Mencari teman di hari matiku..
Bersumpahla aku di gigi pasir Marwah
Bahawa pulang nanti
Akan ku tagih cinta dan sayangmu
Hanya kerana satu..hati
Hati yang mencari damai hidup
Yang tiada galang tanding
Kerana itu doaku..
Kerana itu pintaku..
Doa makbul ibarat buta dapat tali
Dapat tongkat untuk berdiri
Namun kini..
Hati..benarkah tiada lagi
Tekad untuk aku pasrah pada tentu takdir
Namun kerana sekelilingmu
Bukan seorang aku yang menagih cintamu..
Hati..bagai tiada lagi..
Ku pohon ihsanmu
Tenangkan aku biar bukan dalam dakapmu
Teruskan hati ku rindu pada fitrahku
Benarkan aku cinta pada janji-janji dulu
Hati..ku tahu ada lagi
Namun kerana salah dan silap kecil ini
Kembalilah kau menyuluh
Jalan-jalan hati gelapku..
Hati..tidakku percaya tiada lagi

Friday, February 26, 2010

AIR.. SEKILAS LALU

Air..
Salah tafsir pasti mengalir
Salah kata pasti hancur
Setiap laku..hanya jujur
Sejernih air..
Air..
Menahan segala debu sungai
Hilang segala kotor hati
Air..
Kerana kau air..
Sekilas lalu pasti senyap
Sekilas lalu pasti indah
Sekilas lalu pasti
Ratap demi ratap menahan keinginan ini
Untuk menggenggam mu..
Air..
Sekilas lalu
Namun pasti ke akhirat..

Tuesday, February 23, 2010

MALAM..GEROMBOLAN BUKTI CINTA..

Gelap sepi..
Dikata hitam itu tiada makna
Kerana hitam berkait titik noda
Hitam malam lain
Hitam malam pekat bawa seribu
Gerombolan bukti-bukti cinta
Dan titik titik itu buktinya
Dilihat dari zaman Adam dilempar ke bumi
Hingga hari akhir saat sangkakala berbisik
Malam..
Gerombolan bukti cinta kembali
Jadi hiasan bagai janji
Jika disitu..disitu tempatnya
Bagai rugi tiada ganti
Jika hitam malam ini
Tiada dihargai
Penuhilah hati dengan hitam malam ini
Pasti gerombolan cinta ini
Dihati..
Malam..Gerombolan bukti cinta..
Tiada dusta..tiada perdaya
Gerombolan bukti cinta ini
Tiada mampu bersuara
Apa lagi sengketa..malam
Gerombolan bukti cinta ini
Tak mungkin hilang..

Wednesday, February 17, 2010

DIKATA..RAJA SUNGAI INI..SETIA

Belum pernah terdengar
Dikata raja sungai ini
Pernah berbaik sangka
Tiada pernah terdengar
Raja sungai ini..
Menolak segala tawar lalu di depan mata
Namun kini dikata..
Raja sungai ini..setia
Setia kepada sungainya
Setia kepada fitrahnya
Bodoh biar dikata bodoh
Namun setia..
Janji raja sungai ini
Setia kepada langit bintang tiganya
Sekarang dikata
Raja sungai ini..setia
Bukan bodoh lagi..

Saturday, February 13, 2010

INDAH LANGIT BINTANG TIGA

Tiap malam kala ku dongak
Melihat agong cintamu..
Pasti dilihat akan tanda rindu itu
Pasti terpandang akan
Keyakinan seorang pencinta kasih dan sayangmu..
Biar juta dilangit tinggi
Namun janjiku..
Seindah bintang tiga itu
Sesetia bintang tiga itu
Berada disitu..
Tiada ganjak walau bulan berganti silih
Mentari ufuk timur yang terbit
Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
Namun pasti bintang tiga itu disitu
Menanti dikasih
Bagai malam-malam sebelum itu
Janji bintang tiga ini lagi
Biar cakera bumi bertimbus awam putih
Titik tiga sejajar ini pasti disini..
Seindah langit bintang tiga malam ini
Tiada pernah terjanji untuk
Gugur..turun menyembah riba
Ibarat bulan tiada mahu bersinar lagi..
Seindah langit bintang tiga ini..
Sesetia bintang tiga dilangit ini..
Ku pacak kasih buatmu..

Sunday, January 10, 2010

...DAN HATIKU BUKAN PUALAM..

Debar hati dilamun sakit perit
Menahan sejuta marah kian berdidih
Berkalung kalimah sabar dan seribu setia ini
Ku utuskan cinta demi cinta buatmu
Agar ku dipilih dikalang ribu itu..
Berkat doa barang kali sudah termakbul
Adakah sang setia ini pasti jadi pilihanmu
Kala sayang disulam tenun indah
Rindu yang dibiar lalu..
Rindu yang tiada harga itu..
Yang pasti camar berganti
Danau ini pasti satu hari gelap sepi
Kutanam lagi demi cinta untukmu
Kusemai lagi demi sayang padamu
Akan racun..racun..racun jua disiram
Tiada tahu kenapa..
Tiada tahu dimana silapnya..
Berbekal zarah cinta yang tinggal
Demi janji ini
Tiada akan terluput dari ingatan
Akan Pengorbanan demi pengorbanan
Kerana hatiku bukan pualam
Dicarik dirobek namun pasti dicantum
Dengan rasa cinta yang tiada lagi belah untukmu..
Sepenuh rasa sayang yang tiada ganti buatku..
Demi sumpah setia ini
Kembalikah kau padaku..
Kembalilah demi cintamu
Aku lemah bagai insan
Aku lemah tiada tahan
Hatiku satu..
Satu untukmu..
...Dan hatiku bukan pualam...

Tuesday, January 5, 2010

KU SELUK PEKASAM..KU CIUM KASTURI

Berakit kehulu berenang ketepian
Itu pesan kurun berzaman
Kadang dipegang kadang hilang
Adat susah bergaul resah
Payah pun payah
Susah pun susah
Tiada endah demi tuju jalan satu
Jalan janji temu syurga
Biar bergolak kata hati
Ku seluk pekasam
Namun pasti kucium kasturi
Alang-alang menyeluk ke pangkal lengan
Biar wangi seluruh alam
Semerbak harum bawa lahir sejuta rasa sayang
Menimbus segala benci dan caci
Menimbul segala iri hati
Ku seluk pekasam
Namun kasturi tegap kasturi
Biar janji tiada tinggal janji
Jadi bukti dengan segala jadi
Kuseluk pekasam kucium kasturi..

Saturday, January 2, 2010

AKUKAH KEKASIHMU..

Saat cinta bergalang doa
Saat rindu tiada halangan untuk aku
Terus menerus menadah rahmat dari langit-Mu
Kau bisikan sejuta rasa sayang
Yang tiada mungkin sama
Walau dengan tangisan jutaan Hawa
Yang butuh kata ampun dan ratap salah
Akukah kekasihmu..
Izinkan aku..izinkan aku..
Benarkah aku perlu merebut
Rasa indah ini dari ribuan yang lain..
Janji demi janji namun pasti
Kau tetap kekasihku
Benarkan cahaya ini bersemi lama
Di hati..sanubari
Benarkan rasa sukar ini berganti
Janji yang ditepati..
Akukah kekasihmu..
Kala ribuan lain mengatur langkah
Menghitung hari..untuk jadi milikmu?
Demi seribu pahit yang lalu
Demi secalit manis yang tinggal
Debu demi debu cinta ini
Kutitip buatmu yang satu
Agar pasrah hati ini jadi kekal milikmu
Biar payah sukar naluri ini
Menebus rasa gentar
Pada jiwa-jiwa yang menagih cintamu
Biar jadi racun pada kasih yang disemai
Insan-insan yang kuanggap tiada layak untukmu
Hanya kau kekasihku..
Akukah kekasihmu...