Hujan buat hilang sakitHujan buat hilang bala
Hujan buat orang reda
Kerana hujan orang diam
Kerana hujan debu hilang
Hujan hilang dahaga tapi lapar
Hujan..Hujan..Hujan..
Pecah hancur segala ruyung namun sagu belum bertabur..terbalik terlingkup segala tempayan..namun hujan tiada janji akan turun.. hanya satu rasa...
Telah lama berungkap soal kasih
Selebar sayang umat
Harus juta yang berkiblat satu
Orang lama berpesan
Lahir hariku dengan seribu perit