Awal ketika dulu datang kumpulan besar ini
Membawa seribu harap
Agar lalang-lalang tinggi itu bertukar jadi
Bunga harum yang semerbak tanginya
Membawa gambar lisan akan kedamaian
Dan keharmonian tanah merah ini..
Awal ketika dulu anak-anak kecil ini
Tiada mengerti kenapa bumi kota yang
Menjanjikan seribu harapan itu ditinggal pergi
Bertapak dibumi gambur ini
Sehelai demi sehelai daun-daun berjalur
Itu dipasak.. Di bina rumah-rumah awal
Buat berteduh anak isteri
Kini... Keringat itu tiada lagi..
Tiada lagi hampa yang harus dikenang
Hanya kerana bumi ini telah lahir
Ratusan cendikiawan yang bersumpah
Tidak akan tergadai maruah
Walau subutir pasir sekalipun
Tidak akan jd taruhan..
Kini.. Keringat itu tiada lagi..
Tinggal di hujung jalan akhir sana
Bersemadi..
Bumi ini bagai menjerit
Meraung menangisi satu demi satu
Wira-wira bangsa ini pergi..
Beruntunglah anak-anakku..
Duniamu.. Dunia baru..
Namun jangan sekali melangkaui
Batas-batas sempadan keringat
Yang dikerah ini..
Bumi ini bagai menjerit..
Menanti saat hari sakit..
Moga wira pertiwi ini
Ditempat Illahi dikalang hamba-Nya yang sufi
2 comments:
Bumi dan segala isinya sentiasa menjerit lantaran kezaliman tangan2 yang dimiliki kita yang berdosa ini
kite biarkan mereka pergi dgn damai dihati..
Post a Comment