Tuesday, March 23, 2010

PERCAYALAH PADA SATU JANJI

Biarlah seribu gambaran zahir
Dilihat telus ke mata
Namun hati..
Hati tiada siapa mengerti
Akan permintaan dan perlunya
Biarlah seribu gambaran zahir
Dirasa terus ke dada
Namun hati..
Hati tiada siapa tahu
Bahawa Engkau yang cintanya kutagih
Percayalah pada satu janji-janji ini
Ku perlu cintamu
Ku perlu sayangmu
Agar segala perit ini hilang
Jauh terus dari hati
Yang telah lama menanggung rasa rindu
Akan satu sayang dan kasih
Seperti mana Engkau mengasihiku
Sepertimana Engkau Menyayangiku
Sepertimana Engkau menyintaiku..
Percayalah pada janji-janji ini..
Akan ku tagih
Hanya cintamu padaku

Monday, March 15, 2010

...KU TEPIS PENANGAN DEMI PENANGAN...CINTA..

Ribu helah
Demi gelumang lekit dosa silam
Ribu tangis
Demi dikit maruah yang tercalar hilang
Ribu ampun
Demi silap yang tiada pernah
Difikir keterlaluan
Demi sayang
Kubuang segala jalang melintang
Demi cinta
Ku berjanji takkan pernah hilang
...ku tepis penangan demi penangan..
..cinta..
Buat hatiku
Pupuk rindu..cinta..sayang
Biar kembali.

Monday, March 1, 2010

HATI..BENARKAH TIADA LAGI..

Kutitip cinta demi cinta
Sama seperti janji dibumi Ar-Rasyi-Nya
Sama seperti sumpah di rata tanah-Nya
Namun titipan cinta ini
Bagai terhenti dengan satu kata
Bersumpahlah aku bersaksi Telaga Hajar
Untuk mencari dan mencari cinta akhirku
Mencari teman di hari matiku..
Bersumpahla aku di gigi pasir Marwah
Bahawa pulang nanti
Akan ku tagih cinta dan sayangmu
Hanya kerana satu..hati
Hati yang mencari damai hidup
Yang tiada galang tanding
Kerana itu doaku..
Kerana itu pintaku..
Doa makbul ibarat buta dapat tali
Dapat tongkat untuk berdiri
Namun kini..
Hati..benarkah tiada lagi
Tekad untuk aku pasrah pada tentu takdir
Namun kerana sekelilingmu
Bukan seorang aku yang menagih cintamu..
Hati..bagai tiada lagi..
Ku pohon ihsanmu
Tenangkan aku biar bukan dalam dakapmu
Teruskan hati ku rindu pada fitrahku
Benarkan aku cinta pada janji-janji dulu
Hati..ku tahu ada lagi
Namun kerana salah dan silap kecil ini
Kembalilah kau menyuluh
Jalan-jalan hati gelapku..
Hati..tidakku percaya tiada lagi

Friday, February 26, 2010

AIR.. SEKILAS LALU

Air..
Salah tafsir pasti mengalir
Salah kata pasti hancur
Setiap laku..hanya jujur
Sejernih air..
Air..
Menahan segala debu sungai
Hilang segala kotor hati
Air..
Kerana kau air..
Sekilas lalu pasti senyap
Sekilas lalu pasti indah
Sekilas lalu pasti
Ratap demi ratap menahan keinginan ini
Untuk menggenggam mu..
Air..
Sekilas lalu
Namun pasti ke akhirat..

Tuesday, February 23, 2010

MALAM..GEROMBOLAN BUKTI CINTA..

Gelap sepi..
Dikata hitam itu tiada makna
Kerana hitam berkait titik noda
Hitam malam lain
Hitam malam pekat bawa seribu
Gerombolan bukti-bukti cinta
Dan titik titik itu buktinya
Dilihat dari zaman Adam dilempar ke bumi
Hingga hari akhir saat sangkakala berbisik
Malam..
Gerombolan bukti cinta kembali
Jadi hiasan bagai janji
Jika disitu..disitu tempatnya
Bagai rugi tiada ganti
Jika hitam malam ini
Tiada dihargai
Penuhilah hati dengan hitam malam ini
Pasti gerombolan cinta ini
Dihati..
Malam..Gerombolan bukti cinta..
Tiada dusta..tiada perdaya
Gerombolan bukti cinta ini
Tiada mampu bersuara
Apa lagi sengketa..malam
Gerombolan bukti cinta ini
Tak mungkin hilang..

Wednesday, February 17, 2010

DIKATA..RAJA SUNGAI INI..SETIA

Belum pernah terdengar
Dikata raja sungai ini
Pernah berbaik sangka
Tiada pernah terdengar
Raja sungai ini..
Menolak segala tawar lalu di depan mata
Namun kini dikata..
Raja sungai ini..setia
Setia kepada sungainya
Setia kepada fitrahnya
Bodoh biar dikata bodoh
Namun setia..
Janji raja sungai ini
Setia kepada langit bintang tiganya
Sekarang dikata
Raja sungai ini..setia
Bukan bodoh lagi..

Saturday, February 13, 2010

INDAH LANGIT BINTANG TIGA

Tiap malam kala ku dongak
Melihat agong cintamu..
Pasti dilihat akan tanda rindu itu
Pasti terpandang akan
Keyakinan seorang pencinta kasih dan sayangmu..
Biar juta dilangit tinggi
Namun janjiku..
Seindah bintang tiga itu
Sesetia bintang tiga itu
Berada disitu..
Tiada ganjak walau bulan berganti silih
Mentari ufuk timur yang terbit
Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
Namun pasti bintang tiga itu disitu
Menanti dikasih
Bagai malam-malam sebelum itu
Janji bintang tiga ini lagi
Biar cakera bumi bertimbus awam putih
Titik tiga sejajar ini pasti disini..
Seindah langit bintang tiga malam ini
Tiada pernah terjanji untuk
Gugur..turun menyembah riba
Ibarat bulan tiada mahu bersinar lagi..
Seindah langit bintang tiga ini..
Sesetia bintang tiga dilangit ini..
Ku pacak kasih buatmu..