Wednesday, December 17, 2014

BAH DIMUSIM CINTA

Mencurah lebat dari langit gelap
Dengan titik-titik jernih berkilau berkelip
Tiada tertadah ribuan malah jutaan titis kecil itu
Yang akhirnya menjadi lambang cinta agung
Kasih suci dari Tuhan yang mencipta
Sekelian rasa cinta makhluk di bumi
Turun tanpa henti lagi
Walau bersyarat 3 peringkat seperti janji biasa
Turun tanpa silu mencurah bagai mahu
Mengabdi satu potret coretan
Lakaran seni kalam suci
Namun dihati penuh rasa cinta
Dibulan ini ibarat
Episod bah di musim cinta
Bersemi.. bersemadi.. dengan kasih yang tiada terbanding
Laksana dewi turun dari istana inderapuri
Mencari satu jalan jiwa yang penuh
Dengan rasa jujur..
Dengan rasa syukur..
Dengan rasa yang tiada pernah dirasa sebelumnya
Dari amanah rasa cinta ini
Aku bersumpah untuk mencintai
Selagi aku dicintai..
Belum pernah merasai
Biar bah di musim cinta jadi saksi betapa agung
Cinta dan sayang yang cuba terpupuk
Dari segenap sukar sebelumnya
Kerana bahagia kini
Ibarat mentari menyinar terang
Walau dihujung awan ada sedikit gelap
Biarkan cinta ini
Tidak bermusim seperti bah
Yang akan pergi seawal musim berbunga nanti..

2 comments:

paridah said...

LAKARAN PUISI INDAH BERSAMA GEMERSIK HUJAN...

DURI PALAS said...

Moge semua selamat kak.. teruk banjir ni